BeritaMenarik

Perkhidmatan bas elektrik di Seremban bermula 1 April ini

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akan memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik (EV) bermula 1 April ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, Kerajaan Negeri telah melantik operator baharu untuk mengendalikan perkhidmatan MyBas di bandar Seremban.

“Operator baharu ini akan memulakan perkhidmatan bas berkuatkuasa 1 April ini.

“Laluan sebelum ini kekal, kekerapan bas kekal dan kemudahan pas bulanan juga kekal.

“Tambang percuma atau kad konsesi untuk warga emas, OKU dan kanak-kanak juga kekal.

“Sebanyak lapan hingga 10 buah bas elektrik juga akan digunakan nanti,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button