BeritaMenarik

Loke sumbang RM208,000 kepada masjid dan surau

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook telah memberi sumbangan kewangan berjumlah RM208,000 kepada masjid dan surau di Parlimen Seremban.

Loke juga menyerahkan sumbangan RM66,000 kepada semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Parlimen Seremban.

“Inisiatif ini diambil adalah untuk untuk merapatkan silaturrahim di antara Ahli Parlimen dengan pemimpin masyarakat di seluruh kawasan Parlimen Seremban.

“Saya berharap peruntukan ini dapat membantu ahli jawatankuasa masjid dan surau serta JPKK menjalankan aktiviti dalam usaha mengimarahkan masjid dan surau di bulan Ramadhan ini,” kata Loke.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Dato’ Mohd Asna Amin; ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar; ADUN Lobak, YB Chew Seh Yong dan ADUN Ampangan, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin; ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong dan ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam.

Show More

Related Articles

Back to top button