BeritaMenarik

Stadium Paroi bakal berwajah baharu

SEREMBAN: Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi bakal berwajah baharu apabila kerja-kerja pemasangan kerusi siap sepenuhnya pada penghujung bulan April ini.

Kerja-kerja pemasangan telah bermula pada Disember 2023 dan sebanyak 18,000 buah kerusi penonton jenis polypropylene akan siap dipasang.

Sebanyak 40 buah kerusi ‘Soccer Bucket Seat’ akan dipasang untuk pemain dan pegawai pasukan, manakala empat kerusi ‘Soccer Bucket Seat’ bagi pengadil.

Konsep kerusi akan melambangkan warna bendera Negeri Sembilan.

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan kos sebanyak RM1.2 juta bagi pelaksanaan projek ini.

 

Sumber: Majlis Bandaraya Seremban

Show More

Related Articles

Back to top button