SERDANG: Putrajaya FC menewaskan Negeri Sembilan Football Club (NSFC) dengan jaringan tipis 1-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Stadium UPM, Serdang.
Penolong Ketua Jurulatih NSFC, K.Nanthakumar berkata, banyak perkara yang masih perlu diperbaiki terutamanya pada bahagian serangan.
“Memandangkan perlawanan hari ini merupakan perlawanan kedua pra-musim, para pemain masih lagi mencari keserasian.
“Kita akan berikan yang terbaik dalam perlawanan menentang Terengganu FC.
“Kita menjangkakan akan ada peningkatan dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang,” kata Nanthakumar.