BeritaMenarik

Permohonan Bantuan Warga Emas dapat sambutan

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah membuka kaunter permohonan Bantuan Warga Emas 2024 di Tapak Pasar Pagi Kampung Baru Rahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, bantuan ini merupakan salah satu daripada inisiatif baharu Kerajaan Negeri Sembilan untuk warga emas yang mencapai umur 70 tahun dan ke atas yang akan menerima bantuan sebanyak RM200 setahun secara ‘one-off’ membabitkan peruntukan RM14.80 juta.

“Pendaftaran dibuka sejak 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan seramai 50 orang warga emas telah didaftarkan.

“Program ini mendapat kerjasama JPKK Kampung Baru Rahang dan Pejabat Ahli Parlimen Rasah,” katanya.

Mewakili Gunasekaren dalam program ini ialah Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button