Berita

Permohonan Rumah Mampu Milik Mantin kini dibuka

NILAI: Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Nusa Seri Cengal, Mantin kini dibuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata, taman perumahan tersebut bersebelahan dengan Kolej Lagenda Mantin.

“Setiap permohonan akan ditapis berdasarkan syarat yang ditetapkan seperti sudah berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,500 sebulandan menetap di dalam daerah Seremban.

“Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk majlis pengundian.

“Projek perumahan ini adalah di bawah Perbadanan NS atau NS Corp yang melibatkan lebih 800 unit rumah dan kesemuanya Rumah Mampu Milik yang bermula daripada RM110,000 hingga RM360,000.

“Selain itu, pemohon yang berjaya memiliki rumah ini perlu mendapatkan pinjaman bank dengan sendiri kerana pinjaman tidak disediakan oleh kerajaan,” kata Arul Kumar.

Untuk maklumat lanjut imbas kod QR di bawah:

Show More

Related Articles

Back to top button