Berita

Persatuan promosi pelancongan, seni dan budaya digalak mohon bantuan TAC@N9

SEREMBAN: Persatuan dan NGO yang mempromosi dan menjalankan aktiviti pelancongan, seni dan budaya digalakkan memohon bantuan kewangan inisiatif TAC@N9 melalui penganjuran pelbagai program berpotensi.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pejabat beliau akan sentiasa memudahcarakan setiap proses yang berkaitan.

“TAC@N9 merupakan inisiatif penggalakan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan bagi menyokong setiap aktiviti yang mampu merancakkan industry pelancongan, kesenian mahupun kebudayaan.

“Ia juga merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi menggalakkan program-program di Negeri Sembilan sebagai persediaan TMNS26,” ujar Nicole.

Nicole berkata demikian di sesi penyerahan cek di bawah inisiatif TAC@N9 kepada persatuan dan NGO yang menjalankan program melibatkan pelancongan, kesenian dan kebudayaan di dalam Negeri Sembilan yang berlangsung di Bangunan White House Seremban.

“Penyerahan cek ini melibatkan 10 penerima iaitu persatuan dan NGO yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM51,700.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, di atas keprihatinan terhadap industri pelancongan, seni dan budaya melalui inisiatif tersebut dan saya menyeru semua pihak bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam melipatgandakan usaha bagi menghadapi TMNS26,” jelas Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button