BeritaYB Kita

Persatuan Veteran ATM terus aktif jaga kebajikan ahli

TAMPIN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) terus memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan ahli apabila menganjurkan Program Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Kali Ke-50 yang berlangsung di Balairaya Kampung Repah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam yang hadir pada program berkenaan berkata, penganjuran program tersebut berjaya meningkatkan persefahaman serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli persatuan, khususnya dalam kalangan warga emas dan masyarakat setempat.

“Kehadiran para veteran bersama penduduk sekitar mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang masih kukuh dalam komuniti setempat.

“Saya dimaklumkan bahawa persatuan ini sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan bagi membantu dan menjaga kesejahteraan ahlinya yang majoritinya terdiri daripada warga emas.

“Usaha murni ini wajar diberikan penghargaan kerana ia membantu memastikan kebajikan golongan veteran terus terbela,” katanya.

Veerapan berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengiktiraf serta menghargai segala jasa, pengorbanan dan sumbangan warga emas serta veteran yang telah banyak berjasa kepada negara.

Beliau turut berharap golongan veteran akan terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kesejahteraan dalam menjalani kehidupan bersama keluarga dan masyarakat.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia atas jemputan serta komitmen berterusan persatuan itu dalam menjaga kebajikan ahlinya.

Show More

Related Articles

Back to top button