BeritaMenarik

‘Pintal pintal terapi emosi, pintal pintal sampai jadi’

SEREMBAN: Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah melancarkan Kelab Suri Wire Art di Klana Resort.

Noorzunita berkata, Kelab Suri Wire Art menjadi tanda usaha gigih serta semangat juang para suri rumah dan ibu tunggal yang telah berjaya menamatkan 10 modul kraft berasaskan wayar.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 17 peserta hebat yang telah berjaya menyelesaikan modul ini dalam tempoh tiga bulan, bermula September hingga November 2024.

“Kejayaan anda bukan sahaja melambangkan dedikasi dan ketabahan, tetapi juga menunjukkan bahawa potensi wanita sentiasa boleh digilap untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Meningkatkan kemahiran dan memperkasakan ekonomi wanita suri dengan menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan,” kata Noorzunita.

Noorzunita menambah, selain itu terapi emosi melalui aktiviti kreatif yang memberi manfaat kepada kesejahteraan mental dengan motto ‘Pintal pintal terapi emosi, pintal pintal sampai jadi’.

“Saya amat berharap agar kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perubahan besar dalam kehidupan para peserta.

“Tahniah sekali lagi kepada semua peserta dan pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada tenaga pengajar, Puan Nor Halina Buang di atas semangat dan dedikasi dalam membantu para wanita menggilap potensi diri dalam seni Wire Craft ini.

“Semoga usaha ini terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita di luar sana.

“Terima kasih kepada Puan Norwani Ahmad selaku Pengerusi Kasih D’Awan yang sudi menjemput saya menyempurnakan majlis ini,” ujar Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button