Berita

Politeknik Premier Port Dickson lahirkan innovator muda TVET terbaik negara

KUALA LUMPUR: Dalam suasana penuh gemilang di M Resort dan Hotel Kuala Lumpur, nama Politeknik Premier Port Dickson sekali lagi diangkat di persada nasional apabila pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Karthik Satiyasilan, berjaya merangkul Anugerah TVET Star Kategori Inovasi (Politeknik).

Turut hadir bersama meraikan kejayaan ini ialah Pengarah Politeknik Premier Port Dickson, Wan Zulkifly Wan Zakaria, yang sentiasa komited dalam memperkukuh kecemerlangan institusi serta menyokong pembangunan bakat pelajar ke tahap tertinggi.

Pengiktirafan berprestij ini menobatkan beliau sebagai antara inovator muda terbaik dalam ekosistem TVET negara, sekali gus membuktikan keupayaan Politeknik Premier Port Dickson dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi, inovatif dan berdaya saing.

Di bawah penyeliaan penuh dedikasi Hasyimah Ahmad, beliau telah membangunkan projek inovasi Aquarise sebuah sistem pintar yang menggabungkan Internet of Things IoT dan Artificial Intelligence AI bagi menangani isu banjir.

Inovasi ini memberi nilai tambah signifikan kepada komuniti dalam meningkatkan kesiapsiagaan serta mengurangkan risiko kerugian harta benda.

Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian individu tetapi mencerminkan kekuatan Politeknik Premier Port Dickson sebagai institusi yang melahirkan generasi inovator masa hadapan serta pemacu perubahan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Karthik Satiyasilan serta penyelia beliau atas pencapaian yang membanggakan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button