PPANS terbit buku Aminuddin Harun: Menongkah Arus, Melaksana Harapan
SEREMBAN: Perbadanan Perputakaan Negeri Sembilan (PPANS) menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Aminuddin Harun: Menongkah Arus, Melaksana Harapan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, buku yang diterbitkan itu adalah bertujuan merakam perjalanan hidup beliau sebagai seorang anak Negeri Sembilan yang diberi peluang menjadi Menteri Besar.
“Lebih berharga apabila buku ini telah disusun oleh Dr. Lim Swee Tin yang merupakan sasterawan negara.
“Beliau seorang yang tidak asing dalam dunia penulisan terutamanya sajak-sajak yang memberi kesan kepada kita semua.
“Buku ini juga dapat dijadikan rujukan bagi generasi akan datang untuk mengkaji tokoh-tokoh yang terdapat di negeri ini.
“Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak PPANS dapat menghasilkan sebuah buku untuk merakamkan lokasi-lokasi ikonik di Negeri Sembilan untuk dijadikan rujukan semua pihak.
“Hal ini kerana Negeri Sembilan mempunyai pelbagai lokasi menarik dan tapak warisan sejarah yang boleh diketengahkan,” kata Aminuddin.