Berita

Program Advokasi: Perlindungan Kanak-Kanak di DUN Johol

JOHOL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman telah merasmikan Program Advokasi: Perlindungan Kanak-Kanak bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap Johol.

Saiful Yazan berkata, program jelajah advokasi ini merupakan kerjasama strategik pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

“Saya amat menyambut baik agar program jelajah advokasi ini sentiasa dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kesedaran mengenai keselamatan dan etika ketika di dalam talian serta meningkatkan kesedaran dan tangggungjawab masyarakat dalam memberi perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan kepada golongan kanak-kanak.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), Taklimat Keselamatan Kanak-Kanak dan Hak Kanak-Kanak.

“Selain itu para pelajar juga turut didedahkan dengan Tatacara membuat Aduan kepada MCMC bagi memastikan hak pengguna Internet di lindungi.

“Saya juga melawat Tapak Mural Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak sekaligus menyempurnakan perasmian program,” kata Saiful Yazan.

Show More

Related Articles

Back to top button