Berita

Program MADANI Rakyat bermula Jumaat ini

NILAI: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 bakal kembali menyantuni masyarakat apabila dianjurkan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan bermula 22 hingga 24 Ogos ini (Jumaat–Ahad).

Bertemakan “Digital Merentasi Generasi, Memperkasa Komuniti”, PMR 2025 Negeri Sembilan menzahirkan komitmen berterusan Kerajaan dalam usaha mendigitalisasikan negara demi meningkatkan kualiti hidup rakyat serta memacu masa depan berteknologi tinggi yang berpaksikan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial.

Antara pengisian menarik di reruai Kementerian Digital termasuk Pocket Talk Digital AgTech & Digital Creative Content, program eUsahawan, sesi mesra bersama maskot animasi popular seperti Boboiboy, Papa Zola dan Upin Ipin, tayangan filem Ejen Ali The Movie, advokasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan kesedaran perlindungan data peribadi, photobooth 360 darjah, serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.

Selain itu, kementerian-kementerian lain turut menyediakan aktiviti dan perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat, menjadikan PMR 2025 sebagai platform penuh ilmu, hiburan dan peluang untuk seisi keluarga.

Orang ramai dijemput hadir.

Show More

Related Articles

Back to top button