Program Rawatan Fisioterapi Percuma dapat sambutan

LINGGI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Linggi dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Fisioterapi Negeri Sembilan telah mengadakan Program Konsultasi dan Rawatan Fisioterapi Percuma serta Saringan Kesihatan di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang.
Program yang turut dianjurkan bersama JPKK Kampung Telok telah mendapat sambutan penduduk setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat dan mereka amat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi.
“Mereka juga meminta agar program seperti ini dapat diadakan selalu.
“Insya Allah saya akan merealisasikan permintaan mereka.
“Pada masa yang sama, saya juga diminta untuk menyampaikan ucapan kepada pelajar-pelajar Kolej UNITI yang mengadakan gotong royong di Kampung Telok,” ujar Mohd Faizal.