Berita

Pusat Pandu Lalu Kitar Semula Kg Baru Mantin dilancarkan

NILAI: Pusat Pandu Lalu Kitar Semula atau ‘Drive Through Recycle Centre’ (DTRC) Kampung Baru Mantin rasmi dilancarkan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, DTRC ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Mantin melalui peruntukan program Sejati MADANI.

“DTRC ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi penduduk setempat.

“Ia juga merupakan DTRC pertama yang dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan melalui peruntukan Sejati MADANI.

“Dalam masa sama, ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti kitar semula dan mewujudkan kesedaran serta tanggungjawab sebagai seorang manusia untuk menjaga kebersihan.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita telah menerima sebanyak 58 permohonan DTRC ini dan 44 daripada telah diluluskan melibatkan jumlah peruntukan RM4.2 juta.

“Sistem DTRC ini juga akan membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengurangkan kos pengurusan sampah,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button