Berita

Pusat penjagaan warga emas terima sumbangan kewangan daripada Veerapan

REPAH: Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) yang menguruskan pusat penjagaan warga emas menerima sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 daripada ADUN Repah, Veerapan Superamaniam.

Veerapan berkata, MPKSM menjalankan operasi di enam pusat penjagaan warga emas di seluruh Negeri Sembilan termasuk Rumah Sejahtera Tampin, di Kampung Baru Tampin.

“Saya berharap sumbangan ini membantu MPKSM dari segi kos operasi dan seterusnya menjaga kebajikan penghuni pusat ini,” kata Veerapan.

Dalam pada itu, Majlis Daerah Tampin menerima sumbangan RM2,000 bagi kejohanan bowling.

Veerapan juga menyerahkan sumbangan RM3,000 kepada Tadika Arah Maju, Tampin bagi Majlis Aspreasiasi dan Anugerah Cemerlang pelajar dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Tampin menerima RM3,000 bagi penganjuran pertandingan bowling.

“Saya mengambil cakna setiap permohonan oleh mereka yang tidak berkemampuan.

“Jegan Muniandy yang mempunyai masalah kewangan sehingga tidak mampu melunaskan sewa rumahnya menerima sumbangan kewangan sebanyak RM500.

“Letcumy Ambal Raju menerima RM1,000 bagi membiayai pembedahan ‘Polytech Tissue Expander’,” kata Veerapan.

Veerapan berharap sumbangan ini dapat membantu dan melancarkan segala aktiviti yang telah dirancang.

Show More

Related Articles

Back to top button