Berita
Rajasekaren, AMK ganding bahu bantu individu OKU
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaren bersama Angkatan Muda Keadilan Cabang Port Dickson telah berganding bahu bagi membantu seorang individu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Rajasekaren berkata, bantuan yang diberikan adalah baik pulih bumbung rumah yang yang bocor.
“Ia telah diadakan secara gotong-royong bersama dengan AMK.
“Selain itu, beberapa kerja-kerja menggantikan kayu dan pembersihan kawasan rumah turut dilakukan.
“Ini bagi memastikan keselesaan dan keselamatan rumah individu tersebut.
“Ahli sukarelawan Sri Tanjung turut serta hadir dalam aktiviti ini, secara tidak langsung menunjukkan komitmen bersama dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” kata Rajasekaren.