Rajasekaren santuni dua individu sakit kronik

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri tanjung, Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi menziarahi dua individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Rajasekaren berkata, individu pertama adalah Puan Zellada Zulkifli yang sedang terlantar di rumahnya.
“Puan Zellada kini tidak boleh bergerak selepas beliau terlibat dalam kemalangan motosikal bulan lepas.
“Puan Zellada merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak perempuan.
“Selepas itu, saya turut menziarahi Encik Zainon yang baru selesai mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
“Ini kerana beliau berdepan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung serta hati.
“Aktiviti menziarahi ini bukan sekadar kunjungan.
“Tetapi ia merupakan komitmen kami untuk sentiasa mendampingi rakyat yang diuji dan memerlukan perhatian.
“Bantuan yang sewajarnya akan disalurkan kepada mereka bagi meringankan mereka yang ditimpa musibah,” kata Rajasekaren.



