Berita

Rajasekaren siasatan punca bau minyak Taman Nesa dan Taman Megah

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren telah turun padang bagi menyiasat punca bau minyak yang kuat dalam saliran longkang di Taman Nesa dan Taman Megah.

Rajasekaren berkata, masalah tersebut telah membelenggu masyarakat selama 15 tahun.

“Oleh hal yang demikian, saya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan serta Pegawai Daerah dan Tanah Port Dickson, Puan Nurhazelin Makli telah melakukan siasatan di kawasan tersebut.

“Hasilnya, bau minyak tersebut berpunca daripada limpahan Kolam Takungan Loji Tapisan Minyak di kawasan berdekatan.

“Sampel air dan daun yang terkesan dengan minyak telah diambil untuk dianalisis di makmal JAS.

“Laporan makmal ini dijangka akan menentukan punca sebenar pencemaran dan langkah-langkah lanjut yang perlu diambil.

“Kami akan terus memantau keadaan ini dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan tindakan yang sewajarnya diambil bagi melindungi kesejahteraan penduduk dan alam sekitar,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button