Berikut adalah intipati amanat sulung tahun 2025 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar:
π Menyahut saranan YAB Perdana Menteri supaya kita meraikan kejayaan, beberapa pencapaian awal telah ditempa khususnya di bawah agenda reformasi perkhidmatan awam seperti penyelarasan gaji Pegawai Awam, menyemarakkan penghayatan nilai dan tatakelola, memantapkan kompetensi Pegawai Awam dalam bidang teknologi masa kini, pelaksanaan rasionalisasi agensi dan Pelancaran Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan Ujikaji Peraturan;
π Meneruskan misi merealisasi aspirasi Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang dilancarkan pada 10 September 2024 yang lalu, matlamat tertumpu kepada kepada tiga fokus utama 2025 iaitu; Memantapkan Pemboleh Daya Reformasi, Memperkukuh Nilai dan Tatakelola dan Mempertingkatkan Sinergi;
π Ketua Setiausaha Negara perkenalkan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (IPPA) yang baharu menggantikan Malaysian Governance Performance Index (MyGPI) sebelum ini dan ditambah baik bersesuaian dengan lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) dalam kerangka agenda reformasi perkhidmatan awam oleh JPA;
π Demi memantapkan lagi keupayaan berbahasa Inggeris yang sudah tentu menjadi bahasa komunikasi yang utama sepanjang Kepengerusian ini, saya minta agar INTAN dapat melaksanakan penilaian awal kemahiran bahasa Inggeris kepada pegawai yang terlibat.;
π JPA sekali lagi mencipta langkah inovatif dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Terimbuh (AR) sebagai pemacu utama dalam pelaksanaan Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) 2025;
π Pendekatan kreatif ini diterjemahkan melalui penggunaan eBackdrop interaktif yang dilengkapi elemen AR, memberikan pengalaman visual baharu yang lebih dinamik dan futuristik kepada para hadirin hari ini yang telah dihasilkan oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) manakala montaj dan gimik pula oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), JPA; dan
πSetiap sasaran atau tugasan yang telah ditetapkan perlulah direalisasikan menerusi π§π°πππ°πΈ-πΆπ± dan π§π°πππ°πΈ π΅π©π³π°πΆπ¨π© yang berterusan.
Ingatlah REFORMASI ITU SUATU KEMESTIAN.
Ayuh bersama-sama kita mulakan dengan segenap kekuatan dan semangat kesatuan.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam