RMK13: Anwar umum pembinaan Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM40 bilion untuk sektor kesihatan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)
Anwar berkata, Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban yang baharu akan dibina di bawah RMK13.
“Dalam hubungan ini, lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik Kerajaan, termasuk yang daif akan dilaksanakan.
“Ini termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat atau ‘out of pocket expenses’ untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan,” ujar beliau.
Antara projek pembangunan yang akan dilaksanakan di bawah RMK13 untuk sektor kesihatan ialah:
1. Hospital Tuanku Ja’afar 2, Seremban, Negeri Sembilan;
2. Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor;
3. Pusat Kanser Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah;
4. Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah;
5. Pusat Kanser Sarawak.