Berita
Safari Challenge Jempol cungkil bakat baru
JEMPOL: Program Peninsular Safari Challenge Jempol 4×4 Litecore 2024 dan Motocross Trackday Jempol adalah peluang untuk mencungkil bakat baharu.
Exco Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor berkata, ia membolehkan bakat-bakat baharu yang mempunyai kemahiran tinggi dalam mengendali ‘motorcross’ dan juga pacuan 4×4.
“Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.
“Saya juga turut bersama Dato’ Seri Jalaluddin Alias dalam usaha mahu melihat Litar Sukan Lasak Air Hitam, Bandar Seri Jempol ini dinaiktaraf dan mendapat sentuhan baru yang membolehkan kita mencipta permata dalam bidang permotoran ini pada masa akan datang.
“Saya juga menyokong aktiviti bermanfaat seperti ini,” kata Mustapha.