Safran Landing Systems labur RM860 juta di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Syarikat Aeroangkasa daripada Perancis, Safran Landing Systems telah telah melabur sebanyak RM860 juta di Sendayan, Negeri Sembilan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaburan tersebut adalah bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran sistem brek karbon mereka.
“Ianya akan dibekalkan kepada lebih syarikat penerbangan seluruh dunia.
“Pelaburan berskala besar ini telah mengukukan kedudukan Malaysia sebagai pemain Utama dalam industri aeroangkasa.
“Mereka akan menggunakan 98 peratus tenaga kerja daripada anak tempatan dan secara tidak langsung membawa manfaat besar kepada komuniti setempat,” kata Tengku Zafrul.
Terdahulu, satu lawatan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah dilakukan bagi melihat potensi pelaburan yang boleh di bawa ke negeri ini.
Akhirnya ia menjadi realiti.