Berita

Saiful Yazan ‘Rodah’ Kampung Simat

JOHOL: Pejabat Dewan Undangan Negeri Johol dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Simat telah mengadakan program ‘Moh Rodah Kampung’.

ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman berkata, program ini diadakan bagi menyantuni masyarakat kampung khususnya anak muda.

“Kita mahu menerapkan budaya aktiviti yang sihat dan menasihatkan anak muda agar menjauhi daripada penyalahgunaan dadah.

“Kehadiran lebih 200 penduduk kampung memeriahkan program walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Pelbagai aktiviti termasuk sukan rakyat telah diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat,” kata Saiful Yazan.

Turut hadir, Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr.Hadijah Baba.

Show More

Related Articles

Back to top button