Berita

Saringan Talasemia di sekolah

Sejak tahun 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan Program dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi mengenal pasti status pembawa pada peringkat awal serta membolehkan kaunseling genetik dan intervensi pencegahan dilaksanakan secara lebih berkesan.

Saringan awal membantu individu memahami risiko genetik serta membuat pertimbangan yang lebih matang dalam perancangan keluarga, dan didapati lebih berkesan berbanding saringan pra-perkahwinan.

Sehingga kini 2,122,446 murid telah menjalani saringan daripada 2,461,594 yang ditawarkan; 57,910 murid disahkan sebagai pembawa Talasemia dan Prevalens pembawa: 59.1 bagi setiap 1,000 murid disaring.

KKM sentiasa komited memperkukuh usaha pencegahan Talasemia melalui saringan awal demi kesejahteraan generasi masa hadapan.

Saringan awal adalah langkah penting dalam mencegah kelahiran pesakit Talasemia dan memastikan generasi masa hadapan yang lebih sihat.

Show More

Related Articles

Back to top button