SENTUHAN PRIHATIN OKU: 44 PPDK terima bantuan kewangan RM220,000

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan melalui inisiatif Sentuhan Prihatin OKU telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM220,000 kepada 44 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh negeri.
Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, setiap PPDK menerima sumbangan sebanyak RM5,000 bagi memperkukuh kelestarian operasi serta menyediakan perkhidmatan pemulihan yang lebih komprehensif untuk anak-anak OKU.
“Usaha ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan OKU terus dipelihara agar tiada yang tercicir dalam arus pembangunan Negeri.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengurusan, penyelia dan petugas PPDK atas dedikasi mereka membimbing OKU menjadi lebih berdikari.
“Marilah kita bersama-sama memperkukuh jaringan kerjasama antara kerajaan, komuniti dan pertubuhan masyarakat dalam menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri inklusif yang mesra OKU,” ujar beliau.