BeritaMenarik

Seorang daripada lima dewasa di Malaysia hidap diabetes

PORT DICKSON: Kecelikan kesihatan terhadap usaha mengurangkan pengambilan gula masih rendah di kalangan masyarakat jika dibandingkan dengan obesiti dan kencing manis yang tinggi dan membimbangkan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pendidikan kesihatan di Malaysia telah menerima peruntukan kesihatan terbesar berbanding negara-negara membangun yang lain hatta keseimbangan dalam menjaga kesihatan secara rohani dan fizikal perlu dipertahankan.

“Justeru itu, saya menyeru pentingnya amalan wasatiyah (bersederhana) dan tidak membazir yang perlu diberi penekanan lebih berat demi menjaga kesihatan masing-masing dengan lebih serius.

“Terkait program, saya tekankan kempen ini perlu sentiasa diteruskan dan dilaksanakan secara berkesan dengan mengambilkira statistik terkini bahawa seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit diabetes selain penghidap penyakit kronik lain di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian, semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024; Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula di Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button