BeritaMenarikProgram

Setiap tahun NS Fest, MB perkenalkan sesuatu yang baharu: Peniaga

NILAI: Seorang peniaga NS Fest 2024, Hawa Jumain, 31, berkata, setiap tahun NS Fest diadakan, pastinya ada sesuatu yang baharu diperkenalkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya anak jati Negeri Sembilan tetapi saya sebenarnya tidak berapa tahu apa itu telepok.

“Pernah lah Wan (nenek) cakap dulu, tapi saya tak berapa ingat dan faham.

“Namun, pada NS Fest tahun ini yang diadakan serentak dengan Perpatih Fest, telah diperkenalkan pemakaian telepok yang merupakan pakaian rasmi Ibu Soko.

“Sebelum ini MB pernah juga memperkenalkan Pesta Bola Ngoca,” kata Hawa dari Seremban.

Dalam pada itu, Hawa yang mengusahakan perniagaan membuat Kopi Barli dan Kopi Dinda (Kacip Fatimah) mahu Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan program NS Fest.

“NS Fest perlu diteruskan kerana ia merupakan ‘Signature of Negeri Sembilan’.

“Ini kali kedua saya berniaga di NS Fest dan jualan amat memberangsangkan.

“Saya mengambil peluang di NS Fest ini untuk mengadakan jualan secara Live di platform media sosial,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button