Berita

Shamshulkahar lawat projek jalan kampung Orang Asli

JEMPOL: Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Shamshulkahar Mohd Deli telah mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan jalan menghubungkan Kampung Orang Asli Batu Peti dengan Kampung Orang Asli (KOA) Panchor di DUN Jeram Padang.

“Lawatan ini bagi melihat sendiri jajaran jalan yang akan dibina dan membincangkan tindakan yang perlu diambil bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Inisiatif kerajaan ini membuktikan kita sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Turut hadir, Jurutera JKR Daerah Jempol, Ir. Hairul Paize Abd Aziz; Tok Batin KOA Batu Peti, Rashid Ah Yong dan Pengerusi JPKKOA Kampung Panchor, John Baharyn Ayom.

Show More

Related Articles

Back to top button