Berita

Sijil Perakuan Penginapan pekerja tertakluk pada kelulusan PBT

PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Buruh (JTK) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersetuju supaya Sijil Perakuan Penginapan yang dikeluarkan oleh JTK adalah tertakluk kepada kelulusan PBT setiap tahun.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, walau bagaimanapun sekiranya sesuatu tempat penginapan tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit penginapan daripada PBT maka Sijil Perakuan Penginapan yang dikeluarkan oleh JTK adalah terbatal.

“Langkah ini diambil selepas satu perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri (UPEN) Negeri Sembilan dan Pegawai Operasi NS Corporation (NSCorp) dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia diadakan.

“Ini bagi mencapai satu kata sepakat berkenaan tempoh kelulusan penginapan pekerja antara JTK dan PBT berkaitan permit ‘Centralised Labour Quarters’ (CLQ).

“Hal ini kerana pada awalnya, semua PBT di Negeri Sembilan hanya mengeluarkan permit penginapan pekerja selama setahun sahaja, manakala JTK mengeluarkan Sijil Perakuan Penginapan selama tiga tahun.

“Ketaksamaan ini akan menyebabkan kekeliruan dikalangan syarikat yang menguruskan CLQ mahupun majikan ytang mempunyai asrama pekerja mereka sendiri,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button