Berita

SK Rahang terima enam unit Smart TV 55 inci daripada Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin menyumbang enam unit Smart TV 55 inci berjenama Panasonic kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Rahang.

“Saya telah menyerahkan cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah bernilai RM15,000 kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rahang, Tuan Aris Yusof.

“Peruntukan ini adalah untuk membekalkan enam unit Smart TV 55 inci berjenama Panasonic.

“Adalah diharapkan sumbangan Smart TV ini membantu dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Cha juga telah menghadiri Majlis Penutupan Program Sukan Ria Perpaduan 2024 anjuran KRT Taman Bukit Chedang 1.

“Saya turut menyerahkan cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah yang bernilai RM2,000 kepada Pengerusi KRT sebagai tanda sokongan kepada penganjuran program ini.

“Adalah diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak menampung kos penganjuran program masyarakat ini,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button