Berita

Skuad wanita Malaysia lakar kemenangan kedua

Malaysia mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Tajikistan dalam aksi Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 pada Khamis.
Ia meletakkan mereka kini di tempat kedua kumpulan, di belakang Korea Utara yang dibezakan dengan beza jaringan.
Malaysia bakal bertemu Korea Utara pada Sabtu dengan hanya juara kumpulan sahaja akan layak ke Piala Asia Wanita 2026.
Untuk rekod, Malaysia menang 1-0 dalam kedua-dua perlawanan setakat ini ketika bertemu Palestin dan Tajikistan.
Manakala Korea Utara membelasah kedua-dua lawan tersebut masing-masing dengan keputusan 10-0.
Show More

Related Articles

Back to top button