BeritaMenarik

SMK Seremban 3 terima dana RM51,250 daripada Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah memperuntukkan sumbangan sejumlah RM51,250 pada tahun ini kepada pembangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3.

“Semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Seremban 3, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM51,250.

“Peruntukan ini termasuk dana PIBG, 700 buah kerusi plastic, 130 buah meja peperiksaan, 30 buah bangku makmal dan 20 buah meja banquet 6 kaki.

“Jumlah peruntukan ini adalah lebih tinggi berbanding RM30,000 pada tahun lepas.

“Harapan saya agar peruntukan yang bertujuan untuk menambahbaik kelengkapan sekolah ini akan memanfaatkan semua warga sekolah dan seterusnya menyuntik semangat baru kepada mereka,’ kata Cha.

Dalam pada itu, Cha turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang SPM 2023.

Show More

Related Articles

Back to top button