Suhaimi mahu KRT Pekan Kota disegani semula
KOTA: ADUN Kota, Suhaimi Aini mahu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Kota aktif dan disegani.
Suhaimi berkata, suatu ketika dahulu KRT Pekan Kota disegani dengan keaktifan melaksanakan program dan aktiviti untuk masyarakat setempat.
“Hari ini telah berlangsung Program Hari keluarga KRT Pekan Kota di Kuala Sungai Baru, Melaka.
“Ini permulaan yang baik untuk KRT Pekan Kota kembali aktif dengan kebersamaan yang ada antara pengerusi dan di kalangan Ahli Jawatankuasa KRT.
“Saya yakin KRT ini akan kembali berada di landasan yang terbaik dan disegani suatu ketika nanti, Insyah Allah.
“Kesepakatan ini akan memberi kesan yang baik untuk masyarakat di sekitar Pekan Kota khususnya dan seluruh daerah Rembau amnya,” kata Suhaimi.
Turut hadir bersama Penolong Pegawai Perpaduan Rembau, Encik Syukri dan Pengerusi JPKK Pekan Kota.