Berita

Suhaimizan berbuka puasa dengan penduduk Gemencheh

GEMENCHEH: Pusat Khidmat Rakyat DUN Gemencheh telah mengadakan program Berbuka Puasa Sekampung di Dataran Kampung Tengah yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, YB Suhaimizan Bizar berkata, Program Berbuka Puasa Sekampung ini mencatat sejarah kerana majlis seperti ini merupakan yang julung kalinya dibuat di Negeri Sembilan.

“Tanpa membezakan fahaman politik, penduduk setempat telah bergotong-royong menyediakan juadah sejak pagi sekali gus membuktikan program ini dapat mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk.

“Sambutan daripada golongan muda juga sangat membanggakan dan berharap generasi akan datang dapat mengekalkannya supaya keharmonian dan perpaduan yang terjalin erat antara penduduk kampung kekal selamanya.

“Program usrah yang baik dan bermanfaat ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang sekali gus menjadi tradisi kepada Program Berbuka Puasa bulan Ramadan,” ujar Suhaimizan.

Suhaimizan berkata, program ini diadakan bukan sekadar memeriahkan lagi bulan Ramadhan serta menambahkan keceriaan pada bulan yang penuh kemuliaan ini malahan penduduk kampung dapat beramah mesra dengan lebih dekat dengan pemimpin.

Show More

Related Articles

Back to top button