Berita

Surau Taman Desa Permai telah dinaik taraf bagi keselesaan jemaah

SRI TANJUNG: Surau Taman Desa Permai telah dinaiktaraf bagi keselesaan jemaah surau di kampung tersebut.

ADUN Sri Tanjung, Dr G.Rajasekaran berkata, kerja-kerja menyimen lantai dan membaik pulih bumbung surau telah siap sepenuhnya.

“Kerja-kerja menyimen lantai dan membaik pulih bumbung surau ini merupakan salah satu usaha saya dalam memastikan infrastruktur di kawasan-kawasan tumpuan masyarakat, khususnya rumah ibadat, terus diselenggara dengan baik untuk kemudahan penduduk.

“Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk Desa Permai yang menggunakan surau ini untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan komuniti.

“Saya juga berharap kemudahan di surau ini dipastikan sentiasa bersih agar memberi ruang yang lebih selesa untuk penduduk mengadakan aktiviti,” kata Rajasekaran selepas mengadakan lawatan ke surau tersebut dan beliau juga menyantuni ahli jawatankuasa surau semasa lawatan kerja tersebut.

Rajasekaran berkata, sebelum ini ruang makan dan minum surau tersebut tidak bersimen, meja dan kerusi diletakkan atas permukaan tanah.

Show More

Related Articles

Back to top button