Berita

Rusli peka keselesaan penduduk Kg Pengkalan Durian dan Kg Tampin Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi menyantuni penduduk di Kampung Pengkalan Durian dan Kampung Tampin Linggi.

Rusli berkata, lawatan tersebut diadakan kerana terdapat aduan yang melibatkan kemudahan infrastruktur di Kampung Pengkalan Durian tidak berfungsi.

“Dalam pada itu, lawatan di Kampung Tampin Linggi diadakan kerana terdapat sebuah keluarga yang tinggal di rumah yang daif dan perlu dibaik pulih.

“Saya telah memberikan sumbangan barangan keperluan asas kepada semua yang dilawati.

“Saya akan membawa permasalahan ini kepada pihak berwajib untuk diselesaikan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button