BeritaYB Kita

Rajasekaren ziarah anggota bomba mangsa langgar lari

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaran menziarahi seorang anggota bomba, Shaib bin Md Dah, yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan langgar lari di Bagan Pinang.

Rajasekaran berkata, Shaib yang mengalami patah kaki dan tangan kini sedang menjalani proses pemulihan, namun masih memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada tiga orang anak sepanjang tempoh cuti sakit.

“Kehadiran kami adalah untuk menyatakan sokongan dan membantu meringankan beban beliau sekeluarga dalam tempoh sukar ini.

“Saya juga mengecam tindakan langgar lari yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, meskipun mangsa terselamat daripada kejadian tersebut.

“Dalam pada itu, saya ingin menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan pada tarikh dan lokasi berkenaan supaya tampil membantu siasatan pihak polis.

“Kami berharap kerjasama orang ramai dapat membantu membawa keadilan kepada mangsa,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Shaib segera pulih sepenuhnya dan dapat kembali bertugas demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.

Dalam lawatan itu, beliau turut disertai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya serta Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Muhammad Izzat, bagi menyampaikan sokongan moral dan sumbangan kepada mangsa di kediamannya.

Show More

Related Articles

Back to top button