
Peranan dan kerjasama pelbagai pihak amat signifikan dalam menyediakan program serta aktiviti yang berupaya menggilap potensi anak muda di samping penerapan nilai-nilai positif.
Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mempelawa mana-mana kelab, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan, Sekretariat Rakan Muda IPT, Badan Operasi ARPRM, Kelab Rakan Muda untuk memohon dana bantuan bagi pelaksanaan program di bawah inisiatif Rakan Muda.
Kami menyeru anda untuk mengambil peluang ini. Imbas kod QR di poster atau pergi ke pautan https://spsb.kbs.gov.my untuk memohon.
Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk poster atau hubungi Sekretariat di talian 03-88713711/ 03-88713738.
Yakin Boleh, Rakan Muda.



