
BANDAR BARU NILAI: Youth City Residence di Bandar Baru Nilai menjadi tumpuan hari ini apabila GD Properties dan Vince Group menganjurkan Grand Finale Sewa Gempak, yang berjaya menarik minat pelabur, pembeli rumah, dan penggemar hartanah dari seluruh rantau.
Sorotan istimewa acara ini ialah kehadiran Dato’ Rosyam Nor, pelakon terkenal Malaysia, usahawan, dan duta rasmi Vince Group, yang turut bersama pasukan jualan di lokasi bagi mempromosikan projek Youth City secara aktif.
Kehadiran beliau berjaya menarik perhatian orang ramai serta mengukuhkan keyakinan terhadap nilai dan potensi pelaburan projek ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Properties, Dato’ Sri Yeat Sew Chuong; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GD Properties, Encik Ng Khoon Haur; Pengarah Urusan Vince Group, Dato’ Vincent Nee dan Pengerusi Bukan Eksekutif Vince Group, YM Tunku Prof. Dato’ PMgr Sr. Dr. Fauzi Tunku Seri Indera Setia Tunku Dato’ Abdul Malek Al Haj.
Ganjaran Eksklusif Menanti Bakal Pembeli
Pengunjung acara berpeluang menerokai kemudahan gaya hidup premium di projek ini, mendapatkan maklumat tentang pakej pelaburan istimewa, serta menyertai Ganjaran Eksklusif untuk semua pembeli baharu yang menyertai kempen sebelum 31 Disember 2025, termasuk:
* 1 unit kediaman di Youth City
* Kereta Proton E-MAS
* Pakej Umrah
* Pakej percutian eksklusif
* Produk elektrik dan elektronik premium
Youth City meterai perkongsian strategik dengan enam institusi pengajian tinggi untuk memacu kejayaan pelajar di Nilai – Hab Universiti
Nilai, yang dikenali sebagai ‘Hab Universiti’ Malaysia, bakal memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan terkemuka dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara Youth City dan enam institusi pengajian tinggi berprestij.
Rakan kerjasama ini merangkumi empat universiti iaitu Nilai University, MILA University, INTI International University and Colleges serta dua kolej ternama, Meatech International College dan Admal Aviation College.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kejayaan pelajar melalui inisiatif pengambilan pelajar, penyediaan kemudahan penginapan berkualiti, dan peluang pembangunan kerjaya.
Ia juga mengukuhkan kedudukan Youth City sebagai hab sewaan berpermintaan tinggi, bukan sahaja untuk pelajar, malah bagi penginapan korporat, kumpulan pelancong, dan kumpulan jemaah umrah.
Dengan lokasi strategik berhampiran hab pengangkutan, pusat komersial, dan destinasi pelancongan serta populasi pelajar di Nilai yang dianggarkan seramai 35,000 orang dan terus meningkat.
Youth City menawarkan peluang pelaburan yang stabil dan pelbagai, dengan potensi pendapatan pasif yang kukuh.
Majlis menandatangani MOU ini akan disempurnakan oleh Encik Jecvin Loh, Ketua Pegawai Pemasaran GD Properties, dan disaksikan oleh Encik Ng Khoon Haur, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GD Properties; Dato’ Vincent Nee, Pengarah Urusan Vince Group; YM Tunku Prof. Dato’ PMgr. Dr. Fauzi, Pengerusi Vince Group; dan Dato’ Rosyam Nor, Duta Vince Group.
Pencapaian ini selaras dengan visi Youth City untuk menjadi nadi kepada komuniti universiti yang rancak di Nilai serta sebuah destinasi di mana pelajar, pelabur, dan penduduk dapat berkembang maju bersama.
Tentang Youth City, Bandar Baru Nilai
Youth City merupakan projek pembangunan bercampur berskala besar yang terletak di Bandar Baru Nilai, sebuah bandar pesat membangun dan strategik di Negeri Sembilan.
Dibina dengan konsep moden dan mesra komuniti, projek ini menggabungkan kediaman eksklusif, ruang komersial dan kemudahan gaya hidup lengkap dalam satu lokasi.
Terdiri daripada empat menara utama dengan 3,213 unit kediaman dan 96 unit lot kedai komersial, Youth City menawarkan persekitaran komuniti yang meriah dan bersepadu.
Kemudahan premium dan lokasi strategik
Pengunjung acara berpeluang melihat sendiri clubhouse seluas 150,000 kaki persegi yang dilengkapi kolam renang,surau, gimnasium, ruang kerja bersama (co-working space), dewan serbaguna, taman landskap, dan kawalan keselamatan 24 jam.
Aras bawah pula dilengkapi pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan harian penduduk.Lokasi pembangunan yang strategik di Bandar Baru Nilai memastikan akses mudah ke KLIA, AEON Nilai, Nilai 3, dan lebuh raya utama termasuk PLUS, ELITE, dan LEKAS menjadikannya pilihan ideal untuk kediaman dan pelaburan.
Akan datang ‘Sewa Gempak Youth City 2.0’
Bagi mereka yang terlepas peluang kali ini, Sewa Gempak Youth City Version 2.0 dijangka berlangsung pada September 2025.
Ia adalah peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama atau menambah portfolio pelaburan hartanah, sambil berpeluang memenangi ganjaran eksklusif termasuk sebuah rumah, kereta, pakej Umrah dan banyak lagi.
Ikuti pengumuman rasmi tarikh acara di halaman Facebook rasmi GD Holdings.