BeritaYB Kita

Tengku Zamrah prihatin rakyat DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah turun padang bagi menziarahi penduduk DUN Ampangan yang kurang bernasib baik.

Tengku Zamrah berkata, lawatan tersebut adalah melihat bantuan yang diperlukan oleh mereka.

“Aktiviti ini adalah usaha berterusan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian dan dibela sebaiknya.

“Selain itu saya turut memberikan sumbangan Bantuan Kanser Negeri Sembilan kepada seorang penerima yang menetap di Senawang.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban yang ditanggung beliau.

“Sebagai wakil rakyat saya akan terus berusaha sedaya upaya memberikan perkhidmatan, perhatian dan bantuan yang terbaik kepada seluruh penduduk DUN Ampangan tanpa mengira latar belakang,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button