Berita

Tindakan atasi masalah banjir di Kampung Baru Sirusa sedang diambil

BAGAN PINANG: Tindakan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Baru Sirusa sedang diambil.

ADUN Angkat DUN Bagan Pinang, Dato Mohd Faizal Ramli berkata, beliau bersama Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Port Dickson dan Pengerusi JPKK Kampung Baru Sirusa telah meninjau beberapa lokasi sungai di kampung tersebut untuk dibaik pulih berikutan kekerapan berlaku banjir kilat sejak kebelakangan ini.

“Selain daripada faktor kadar hujan yang turun tinggi dari biasa, namun ada juga faktor lain seperti pembangunan kawasan sekitar.

“JPS telah pun mengambil tindakan memohon peruntukan tambahan untuk kerja-kerja baik pulih tebing sungai.

“Harap permohonan peruntukan ini mendapat kelulusan segera, agar projek bagi mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang dapat dilaksanakan segera,” kata Mohd Faizal yang juga ADUN Linggi.

Show More

Related Articles

Back to top button