Tindakan atasi masalah bekalan air di DUN Gemencheh sedang dilaksana

SEREMBAN: Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedang mengambil langkah dan tindakan bagi mengatasi masalah bekalan air yang sering terputus akibat paip air lama yang selalu pecah di DUN Gemencheh.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun (PH-Sikamat) berkata, pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh pihak SAINS adalah melaksanakan projek penggantian paip lama melalui peruntukan SAINS, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) secara berperingkat mengikut keutamaan.
Terdapat satu projek melalui peruntukan PAAB di mana kemajuan terkini adalah dalam proses rekabentuk oleh juru perunding. Senarai projek adalah seperti berikut:
i. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 300 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 300 milimeter sepanjang 10.5 kilometer dari Kolam Imbangan Dangi ke Kolam Ulu Rokan.
Terdapat lapan projek melalui peruntukan PETRA dan kelulusan peruntukan telah diperoleh dalam Makmal Penilaian Nilai (VA). Senarai projek adalah seperti berikut:
i. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 100 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 100 milimeter sepanjang 2.2 kilometer di Kampung Paya Lebar, Gemencheh.
ii. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 150 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 200 milimeter sepanjang 800 meter bagi jajaran masukan kolam di Felda Bukit Rokan, Gemencheh.
iii. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 300 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 300 milimeter sepanjang 10.5 kilometer dari Kolam Imbangan Dangi ke Kolam Ulu Rokan, Gemencheh.
iv. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 200 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 200 milimeter sepanjang 3.4 kilometer dari Dewan Gemencheh ke Kuari Gemencheh.
v. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 100 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 100 milimeter sepanjang 300 meter di Felda Bukit Rokan (Depan Masjid), Gemencheh.
vi. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 250 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 250 milimeter sepanjang 500 meter dari Balai Polis Gemencheh ke Simpang Pekan Gemencheh.
vii. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 80 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 100 milimeter sepanjang 1 kilometer di Felda Bukit Rokan Peringkat 3 (Lorong 3A, 3B, 3C & 3D), Gemencheh.
viii. Penggantian paip jenis “Asbestos Cement” (AC) bersaiz 80 milimeter kepada paip “Mild Steel” (MS) bersaiz 100 milimeter sepanjang 900 meter di Felda Bukit Rokan Peringkat 4 (Jalan Kubur), Gemencheh.
Aminuddin berkata demikian semasa menjawab soalan ADUN Gemencheh, Suhaimizan Bizar (BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.
Suhaimizan dalam pertanyaan beliau meminta pihak SAINS mengkaji berapakah panjang keseluruhan sistem paip air di dalam DUN Gemencheh yang dikenal pasti perlu di ganti segera, dan nyatakan kawasan terlibat serta apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan demi menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus akibat paip air lama yang selalu pecah?


