Berita

Tolak Tepi Isu Politik, Mesyuarat Exco Negeri Sembilan Berjalan Seperti Biasa

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun telah mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pagi ini di Wisma Negeri di sini.

Mesyuarat Exco yang merupakan rutin mingguan pada setiap hari Rabu itu telah dihadiri oleh semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada Pakatan Harapan.

Dalam mesyuarat kali ini, perbincangan turut menyentuh mengenai hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan Negeri Sembilan secara menyeluruh selaras dengan keperluan semasa serta kesejahteraan rakyat.

Antara agenda utama yang dibincangkan adalah memastikan walau apa jua cabaran yang berlaku, agenda kebajikan rakyat serta pembangunan negeri terus menjadi keutamaan dan dilaksanakan secara konsisten.

Di samping itu, sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan berlangsung seperti biasa sejurus mesyuarat berakhir bagi memaklumkan perkembangan semasa kepada pihak media.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri termasuk Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Pengangkutan, J. Arul Kumar, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noorzunita Mohd Ibrahim, Exco Alam Sekitar, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, S. Veerapan serta barisan Exco lain termasuk Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi, Nasional dan NGO, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Lembaga, Pelancongan, Nicole Tan Lee Koon dan Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, Teo Kok Seong.

Walau apa pun keadaan semasa, kepimpinan kerajaan negeri kekal komited untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button