Berita

Tuanku Muhriz dan Anwar minta Aminuddin adakan Mesyuarat Exco seperti biasa

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, perjalanan Kerajaan Negeri masih berjalan seperti biasa.

“Pagi tadi seawal jam 9 pagi saya telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan saya maklum kepada Tuanku bahawa saya ingin mengadakan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan agenda mesyuarat hanya meluluskan perkara-perkara berkaitan keperluan rakyat.

“Tuanku telah bersetuju dan kita telah mengadakan mesyuarat. Keperluan rakyat yang harus kita didahulukan.

“Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah meminta saya meneruskan Mesyuarat Exco dengan baik.

“Perjalanan Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa dan ini tanggungjawab kami.

“Tiada perbincangan tentang lantikan Ahli Exco yang baharu,” kata beliau.

Aminuddin turut menjelaskan lantikan Ahli Majlis dan Pengerusi JPKK yang baharu juga belum dibincangkan lagi.

Dalam pada itu menjawab soalan wartawan, Aminuddin berkata, baki peruntukan 14 ADUN UMNO untuk tahun 2026 masih ada lagi dalam akaun.

Show More

Related Articles

Back to top button