Berita

Program Belia dan Sukan Tetap Diadakan 15 Mei, Pengganti Exco Diumum Minggu Depan

SEREMBAN: Program Belia dan Sukan Negeri Sembilan akan tetap diadakan pada 15 Mei 2026 seperti yang dirancang.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, penganjuran program tersebut merupakan satu penghormatan kepada golongan belia di negeri ini khususnya dalam usaha memperkasa penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti.

“Kita mahu memastikan program ini memberi manfaat secara fizikal kepada belia dan dalam masa sama menggalakkan interaksi aktif dalam kalangan mereka yang berada di sekitar,” katanya kepada pemberita ketika sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Aminuddin turut menegaskan bahawa semua Ahli Exco Kerajaan Negeri diminta membantu memastikan kelancaran program tersebut.

“Kita tidak bincangkan soal pemangku atau perkara berkaitan, sebaliknya fokus kepada pelaksanaan program belia ini. Semua Exco diminta memberi kerjasama penuh,” katanya.

Beliau menambah, keputusan lanjut termasuk pengumuman pengganti Exco akan dimuktamadkan dalam mesyuarat minggu hadapan.

“Segalanya kita akan umumkan minggu depan” katanya.

Sebelum ini, Exco Belia dan Sukan disandang oleh wakil Barisan Nasional, Dato’ Mustapha Nagoor namun berlaku perubahan susulan perkembangan politik semasa yang menyaksikan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Aminuddin sekali gus membuka ruang kepada penstrukturan semula barisan Exco.

Show More

Related Articles

Back to top button