Berita

Pembinaan blok tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah siap sepenuhnya

KUALA PILAH: Pembinaan blok tambahan bagi Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah siap sepenuhnya dan telah diserahkan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, projek yang bernilai RM187 juta itu merupakan komitmen jitu Kerajaan MADANI dalam memperkasakan akses kesihatan kepada lebih 272,000 penduduk sekitar.

“HTAN juga mencatatkan sejarah sendiri apabila memiliki Jabatan Kecemasan pertama di Malaysia dengan fasiliti isolasi bertekanan negatif sepenuhnya sebagai langkah future-proofing mendepani cabaran pasca-pandemik.

“Selain itu,kapasiti katil juga ditingkatkan seiring dengan membawa perkhidmatan kepakaran ‘Pink Ribbon Clinic, Perubatan Sukan dan Pembedahan Plastik ‘ lebih dekat dengan rakyat.

“Infrastruktur fizikal bukanlah cabaran terbesar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaliknya adalah memastikan setiap hospital yang dibina dapat beroperasi secara optimum dengan pengisian tenaga kerja yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rawatan yang kian mendesak.

“KKM sedang dalam penilitian untuk menubuhkan Pasukan Kerja Bersama Antara Kementerian bagi menangani isu ini.

“Langkah ini kritikal bagi menilai semula struktur insentif serta emolumen demi memastikan profesion ini kekal menarik dan mampan,” kata Dzulkefly.

Show More

Related Articles

Back to top button