Berita

Tujuh waris JPKK terima bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM21,000

SEREMBAN: Seramai tujuh waris Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang telah meninggal dunia menerima bantuan pengurusan jenazah daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Tujuh orang waris anggota JPKK tersebut telah menerima sumbangan bantuan pengurusan jenazah berjumlah RM3,000 bagi setiap waris JPKK.

“Saya ambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga waris yang terlibat.

“Sumbangan Bantuan Pengurusan Jenazah JPKK merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri tahun sebagai menghargai jasa anggota JPKK yang telah meninggal dunia semasa perkhidmatan.

“Bantuan ini bukan sahaja kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK tetapi turut diberikan kepada Ahli Jawatankuasa JPKK yang meninggal dunia semasa perkhidmatan.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringinkan beban yang dihadapi oleh keluarga waris JPKK dan sekali lagi Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh arwah dan mendiang semasa menjalankan tugas sebagai anggota JPKK bagi memastikan segala inisaitif Kerajaan Negeri dapat disampaikan kepada masyarakat setempat,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button