Berita

Tunai haji tanpa visa sah, namun berdosa: ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang menunaikan ibadah haji tanpa visa adalah sah namun ianya berdosa.

Menteri Agama, Dato’ Dr. Zulkifli Hasan berkata, hal ini disebabkan Muzakarah Haji Kebangsaan telah mengeluarkan pandangan walaupun haji tanpa visa sah daripada segi ibadah namun ianya berdosa kerana melanggar peraturan.

“Selain itu, perbuatan tersebut juga boleh dikenakan denda sehingga 100,000 riyal oleh pihak berkuasa negara tersebut.

“Mana-mana pihak yang membantu atau bersubahat juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan,” kata Zulkifli.

Zulkifli turut tambah bahawa visa haji mempunyai undang-undang yang sangat ketat.

“Hanya mereka yang mempunyai visa haji sahaja boleh menunaikannya.

“Umat Islam di Malaysia juga perlu menjaga imej Malaysia sebagai negara dengan pengurusan dan disiplin jemaah haji terbaik di dunia.

“Kita tidak mahu ada satu dua kes yang boleh menyebabkan imej negara kita tercalar,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button