Berita

Pembersihan pokok liar tidak diselenggara di Kampung Sungai Sendayan

PORT DICKSON: Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Majlis Perbandaran Port Dickson telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pokok liar di lereng bukit berhampiran Balai Raya Kampung Sungai Sendayan.

Tindakan ini diambil susulan pembinaan balai raya yang baru siap dibina di lokasi berkenaan.

Keadaan kawasan yang terbiar dan tidak disenggara telah menjejaskan aspek keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.

Pelaksanaan kerja ini bertujuan memulihkan tahap kebersihan kawasan demi kesejahteraan awam.

Operasi pembersihan dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan dalaman MPPD.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap risiko penyakit bawaan vektor seperti denggi, malaria dan leptospirosis yang boleh berpunca daripada kawasan semak samun.

Elakkan menghampiri kawasan bersemak atau tumbuhan berduri bagi mengurangkan risiko kecederaan serta reaksi alahan kulit.

Show More

Related Articles

Back to top button